DEMI PALESTIN VS DEMI KEBERSIHAN

Posted: December 26, 2012 in KISAH
Tags: ,

Banyak sampah-sarap bertaburan di situ. Tepi jalan, tepi tong sampah, tepi tangga. Plastik makanan dan minuman menjadi ‘mangsa’ pembuangan sedang jalan, tong sampah dan tangga menjadi ‘mangsa keadaan’ ketika itu. Inilah ‘pemandangan’ sekitar yang saya lihatImage ketika sampai ke konsert Malam Demi Palestin. Pihak penganjur mengadakan konsert sejak dari awal pagi lagi. Tempat konsert diadakan bersebelahan sebuah masjid di situ.

Ramai juga yang hadir bagi menyatakan sokongan dan bantuan(derma) untuk menjayakan konsert tersebut. Alhamdulillah baguslah begitu. Tapi ada sedikit ‘kecacatan’.Bukan pada konsert tapi keadaan(persekitaran sampah-sarap) di situ. Menyakitkan mata. Saya yakin pengunjung yang hadir ke konsert tersebut yang membeli makanan dan minuman di situ.

Terkejut juga melihat situasi tersebut. Tak sangka akan berlaku sebegini rupa. Ingatkan perkara ini sudah takkan terjadi…yelah mungkin sudah diajar bagaimana hendak membuang sampah ke tempatnya. Namun tekaan saya meleset sekali. Nampaknya segelintir dari kita masih gagal lagi memahami apa yang diajari. Gagal memahami atau gagal untuk mengamali. Mungkin ini antara faktornya.

SEPATUTNYA SUDAH TAHU

Umumnya, kita semua tahu sifat sampah-sarap itu kotor, busuk dan menjijikkan bahkan boleh membawa mudarat(penyakit) kepada diri. Islam sukakan sifat yang bersih, wangi dan baik. Malangnya, segelintir dari kita sengaja menempah ‘tiket'(penyakit) untuk sakit. Dalam Al-Quran Allah sudah mengingatkan kita semua “ jangan campakkan dirimu ke arah kebinasaan.” Kita ibarat

Sampah-sarap tempatnya di dalam tong sampah. Bukan dalam jalan sampah dan bukan juga dalam tangga sampah ! Mungkin ini akibat ‘hobi’ sudah menjadi ‘tabii’ maka jadilah budaya yang tidak sihat ini. Sebahagian dari kita mungkin lihat ‘sebelah mata'(perkara kecil) dalam hal ini. Tapi ingat! selalunya yang kecil ini akan membesar apabila tidak dikawal. Analoginya mudah. Lalang yang semakin panjang meninggi akan merosakkan tanaman padi jika tidak dicabuti. Jadi, jika budaya ini mesti diatasi oleh semua pihak termasuklah individu. Kita perlu jadi anti-virus kepada budaya ini bukannya virus yang akan merebak dan merosak segala sistem(diri,masyarakat negara dan agama). Semestinya kita sudah tahu tapi mungkin sengaja tidak mahu ambil tahu.

HATI(IMAN) FAKTOR PERTAMA DAN UTAMA

Rasulullah telah bersabda : “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. Islam sangat menyuruh umatnya menitikberatkan tentang kebersihan walau berada di mana-mana sekalipun. Majoriti rakyat negara kita terdiri dari orang Islam termasuk saya. Jadi, kita bukan sekadar menjadi orang Islam tapi juga menjadi orang yang mengamalkan ajaran Islam. Tidak keterlaluan jika dikatakan tidak malu jadi orang Islam tapi dalam masa yang sama tidak mengamalkan ajaran Islam.Image

Sifat orang beriman itu pembersih bukan pengotor. Allah telah nyatakan dalam Al-Quran bahawa Dia suka orang yang pembersih. Maka janganlah kita ataupun minta orang lain menge’cop’ diri kita sebagai pengotor. Nauzubillah min zaalik. Iman juga mendorong kita untuk jihad. Ya, memboikot barangan Israel dan Amerika Syarikat itu antara jihad kecil kita. Sokongan dan bantuan yang kita hulurkan juga dikira jihad di sisi Islam. Namun, molek lagi jika kita berusaha memboikot budaya kurang sihat ini. Kita bantu negara orang di samping ‘membantu’ negara sendiri.’Selak’ dahulu masalah kita di samping ‘menyelak’ masalah orang lain. ‘Jahit’(baiki) dahulu masalah kita di samping ‘menjahit’ masalah orang lain. Barulah nampak seimbang.

TANGGUNGJAWAB SEMUA

“Tong sampah dah penuh” 

“Tong sampah tak disediakan..kalau adapun sedikit sahaja”

Mungkin sesetengah orang menjadikan alasan ini sebagai ulasan. Mungkin ada pelbagai lagi jenis alasan lain. Wajib untuk ingat…! Kebersihan itu terletak di tapak ‘kakitangan’ kita semua. Banyak solusi untuk atasi masalah ini. Pihak penganjur, peniaga dan pembeli perlu mainkan peranan masing-masing dalam hal ini.

Apabila tahu ada jual dan beli ketika itu, penganjur perlu fikir dan buat sesuatu. Maksudnya plastik-plastik yang bakal menjadi sampah-sarap mungkin akan menjadi banyak dan tong sampah juga perlu disediakan dengan banyak. Ini salah satu cara. Sementara peniaga apa salahnya ingatkan para pembeli supaya buang sampah di tempatnya ketika sedang berjual-beli. Bukankah ingat-mengingati itu memberi manfaat sesama manusia? Bahkan  Al-Quran juga sudah menyebut perkara ini. Mungkin kita akan nampak janggal buat begini(mengingati) tapi bertambah janggal jika kita terus menjanggalkannya secara langsung.Image

Pembeli pula jangan pentingkan diri. Jangan bersikap “Ah..takpa ada orang lain yang kutip sampah ni nanti” Ya, memang ada pekerja-pekerja yang akan membersihkan sampah-sarap di jalanan. Apa kata kita bantu memudahkan urusan mereka…kan Islam pandang tinggi akhlak itu. Bukankah Islam menyuruh umatnya saling membantu dalam perkara kebajikan(kebaikan)?

Menjadi tanggungjawab kita juga membantu mereka(rakyat Palestin) yang susah di sana. Kita banyak memberi bantuan kewangan, sokongan suara(doa). Itu adalah antara usaha sama yang kita mampu lakukan bagi meringankan bebanan yang dialami. Insyaallah,, Allah akan pandang apa yang kita lakukan. Namun nun dekat di sini juga jangan kita lupa untuk perlu lebih membantu saudara kita. Bantulah untuk tidak menyusahkan jika tidak mahu atau tidak mampu memudahkan urusan orang lain. Itu dah memadai. Rajin-rajinkan diri membantu orang lain. Bukan saya, dia,mereka tapi kita semua ! Muslim itu ibarat sebuah binaan yang sifatnya saling menguatkan sesama mereka.

Demi Palestin jadikan ia yang pertama, Demi Kebersihan jadikan ia yang jauh lebih utama ! 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s