BAIKNYA SEORANG USTAZAH

Posted: December 21, 2012 in KISAH

Semalam…hari khamis,, plan yang dirancang bersama seorang rakan(tinggal di serdang) untuk ziarah guru yang sedang kurang sihat. Begitulah khabar yang didengari dari seorang guru lain ketika singgah sebentar di sekolah lama. Lokasinya di Cheras. Jadi, apabila ‘pakatan’ dibuat, Kami pun datang ziarah guru tersebut. Rumahnya di Bangi. Niat ziarah hanya sebentar. Jangkaan setengah jam sahaja.

Sesampai di rumahnya, kami pun dijemput masuk. Senyuman diberikan kepada kami. Kasihan melihat keadaannya ketika itu. Walau sedang sakit, dikuatkan juga kudratnya melayan kami berdua. Melihat anak-anaknya pula, terbit simpati bagaimana dia nak menjaga mereka dan suaminya yang telah hilang penglihatan selamanya. Ya Allah,, berat ujiannya tapi apakan daya,, hidup mesti diteruskan juga. 

Sedang berborak..

“Bolehla jadi driver saya sekejap pergi beli barang dapur kat kedai Speedmart” katanya bergurau.

Sejak sakit dia tak larat memandu sendiri.

“Ohh.. boleh je ustazah. Kami pun tak ada buat apa-apa hari ni..” kata saya.

Walaupun bergurau tapi terdetik di hati nak bantu dia. Kebetulan pula kami berdua free pada hari itu. 

Sebelum itu, ustazah ajak singgah sebentar untuk makan di Restoran Puri.. Begitulah namanya seingat saya. Mulanya agak segan, tapi mengalah juga bila dipujuk. Sepatutnya orang sihat yang beri makan orang sakit tapi sebaliknya yang berlaku. Rasa serba salah juga kami dibuatnya. Tak apalah kalau tolak risau dia kecil hati pula.

Kurang selera nampaknya ustzah makan. Saya perhatikan sejak tadi sambil makan. Kasihan.~ Itulah nikmat. Nampak ‘sedap’ dan ‘lazat’ bila hanya sihat. Bila sakit ubat pun tak lalu nak makan. Manalah tahu dengan sakit itu ‘selera’ kita hanya pada Allah bukan pada makanan.

Hampir tiga jam kami di luar untuk selesaikan urusan. Jam enam petang kami pulang ke rumah. Barang-barang dapur yang dibeli kami angkat masuk ke dapur terus. Rasa segalanya dah selesai.

“Ustazah,, rasanya tak ada apa-apa kot. Kami ingat nak beransur dulu..”kata kawan saya.

Tiba-tiba hujan turun dengan renyainya. Saya mula kira-kira nak balik ke tak nak.

“Kalau tak balik susahkan ustazah pula nak tunggu..” fikir aku

“Hujan ni, tunggu la dulu sampai berhenti..” kata ustazah tiba-tiba.

Kalau balik pun kuyup juga baju seluar ni naik motor. Nampaknya terpaksa juga tunggu. Nak buat macam mana…

Lepas solat Maghrib ingat nak terus balik tapi ustazah ajak baca Yassin pula. Tak sampai hati pula nak tolak. Kami ikut sahaja.

“Lepas baca Yassin nanti makan dulu ye.. Baru balik rumah..” kata ustazah

“Eh tak apalah, susahkan ustazah je nak masak-masak untuk kami..” balas aku

“Tak apa, beli lauk kat luar je lepas tu kita makan kat rumah..” pujuk ustazah.

Serba salah untuk kali kedua kali ini kami. Seperti dilayan 1st class. Sepatutnya kami yang layan dia 1st class. Ya Allah, sampai begini sekali ustazah melayan kami. Teringat saya mungkin ustazah berpegang pada hadis nabi tentang memuliakan tetamu(walaupun anak murid). Sebab itulah dilayannya kami seperti ini.Hmmm..

Usai makan, kami berdua minta izin pulang ke rumah masing-masing. Hari sudah lewat malam. Dalam perjalanan pulang kami bersembang.

“Aduh, rasa  bersalah pula aku kat ustazah tadi..” kata kawanku.

“Aku pun sama juga. Hmmm tak apalah.. Mungkin ustazah memang tunggu peluang begini kot nak layan kita..” aku cuba tenangkan keadaan.

“Moga ustazah cepat sembuh..” doa aku di hati.

Jadi, itulah serba sedikit pengalaman yang aku alami dalam hidup ini. Alangkah baiknya seorang guru apatah lagi baiknya ramai guru… Moga guru-guruku sentiasa mendapat rahmat Allah s.w.t. Amin… 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s