Ciptaan yang diuji..

Posted: September 6, 2013 in KISAH

Manusia dicipta untuk beribadat kepada Allah swt..
Manusia dicipta untuk menjadi khalifah.

Manusia dicipta untuk menjadi hamba kepada Allah swt..

Namun, melalui penciptaan ada ujian..
Ya, Allah memberi ujian kepada manusia apabila hadir di muka bumi ini.

Tak kira islam atau kafir, semuanya diberi uji..

Orang Islam diuji untuk menambah keimanan,
Orang Kafir diuji untuk menambah kekufuran..
Ujian Allah berbeza dalam kalangan manusia..
Ada yang besar ada yang kecil,
Ada yang susah ada yang mudah,
Hmmm terlalu banyak untuk dikata..
Bila diberi ujian, sabarlah..
Allah sedang mendidik kita untuk pasrah hanya kepada-Nya..
Bila ditimpa musibah, muhasabahlah.. Mungkin itu bala dari Allah atas perbuatan kita..

Ingatlah ungkapan ini :
“Musibah adalah ujian tetapi ujian itu belum tentu musibah”

Justeru, kita dicipta untuk diduga oleh-Nya.. Untuk apa?? Kembali kepada yang asas.. Ertinya, tujuan penciptaan kita..

Menjadi abid, khalifah dan hamba kepada-Nya !

#LuahanJiwa #KongsiRasa ^_^

Dua pilihan !

Posted: September 3, 2013 in KISAH

Allah ada dengan zat-Nya sendiri..
Bukan pilihan malaikat, jin, manusia, apatah lagi syaitan..
Tetapi ciptaan malaikat, jin, manusia dan syaitan adalah atas pilihan Ilahi..
Tidak diminta(izin) dan tidak pula meminta, maka terciptalah makhluk dgn izin-Nya..
Lalu wujudlah segala makhluk di alam nyata dan ‘maya’…
Kehidupan di dunia bukan pilihan manusia sedangkan pelbagai cabaran diduga oleh-Nya..
Namun Allah menunjukkan jalan agama(kesan dan akibat) sebagai penyelesaian..
Oleh itu, manusia mesti membuat pilihan dalam hidup ini… sama ada kesan(baik) atau akibat(buruk)..
Fikir sebelum pilih,
Berpandukan cahaya(suluhan) Al-Quran dan petunjuk(qudwah) Rasulullah
Itulah ‘kunci’ kepada kedua-duanya..
#CetusanMinda #LuahanRasa

DEMI PALESTIN VS DEMI KEBERSIHAN

Posted: December 26, 2012 in KISAH
Tags: ,

Banyak sampah-sarap bertaburan di situ. Tepi jalan, tepi tong sampah, tepi tangga. Plastik makanan dan minuman menjadi ‘mangsa’ pembuangan sedang jalan, tong sampah dan tangga menjadi ‘mangsa keadaan’ ketika itu. Inilah ‘pemandangan’ sekitar yang saya lihatImage ketika sampai ke konsert Malam Demi Palestin. Pihak penganjur mengadakan konsert sejak dari awal pagi lagi. Tempat konsert diadakan bersebelahan sebuah masjid di situ.

Ramai juga yang hadir bagi menyatakan sokongan dan bantuan(derma) untuk menjayakan konsert tersebut. Alhamdulillah baguslah begitu. Tapi ada sedikit ‘kecacatan’.Bukan pada konsert tapi keadaan(persekitaran sampah-sarap) di situ. Menyakitkan mata. Saya yakin pengunjung yang hadir ke konsert tersebut yang membeli makanan dan minuman di situ.

Terkejut juga melihat situasi tersebut. Tak sangka akan berlaku sebegini rupa. Ingatkan perkara ini sudah takkan terjadi…yelah mungkin sudah diajar bagaimana hendak membuang sampah ke tempatnya. Namun tekaan saya meleset sekali. Nampaknya segelintir dari kita masih gagal lagi memahami apa yang diajari. Gagal memahami atau gagal untuk mengamali. Mungkin ini antara faktornya.

SEPATUTNYA SUDAH TAHU

Umumnya, kita semua tahu sifat sampah-sarap itu kotor, busuk dan menjijikkan bahkan boleh membawa mudarat(penyakit) kepada diri. Islam sukakan sifat yang bersih, wangi dan baik. Malangnya, segelintir dari kita sengaja menempah ‘tiket’(penyakit) untuk sakit. Dalam Al-Quran Allah sudah mengingatkan kita semua “ jangan campakkan dirimu ke arah kebinasaan.” Kita ibarat

Sampah-sarap tempatnya di dalam tong sampah. Bukan dalam jalan sampah dan bukan juga dalam tangga sampah ! Mungkin ini akibat ‘hobi’ sudah menjadi ‘tabii’ maka jadilah budaya yang tidak sihat ini. Sebahagian dari kita mungkin lihat ‘sebelah mata’(perkara kecil) dalam hal ini. Tapi ingat! selalunya yang kecil ini akan membesar apabila tidak dikawal. Analoginya mudah. Lalang yang semakin panjang meninggi akan merosakkan tanaman padi jika tidak dicabuti. Jadi, jika budaya ini mesti diatasi oleh semua pihak termasuklah individu. Kita perlu jadi anti-virus kepada budaya ini bukannya virus yang akan merebak dan merosak segala sistem(diri,masyarakat negara dan agama). Semestinya kita sudah tahu tapi mungkin sengaja tidak mahu ambil tahu.

HATI(IMAN) FAKTOR PERTAMA DAN UTAMA

Rasulullah telah bersabda : “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. Islam sangat menyuruh umatnya menitikberatkan tentang kebersihan walau berada di mana-mana sekalipun. Majoriti rakyat negara kita terdiri dari orang Islam termasuk saya. Jadi, kita bukan sekadar menjadi orang Islam tapi juga menjadi orang yang mengamalkan ajaran Islam. Tidak keterlaluan jika dikatakan tidak malu jadi orang Islam tapi dalam masa yang sama tidak mengamalkan ajaran Islam.Image

Sifat orang beriman itu pembersih bukan pengotor. Allah telah nyatakan dalam Al-Quran bahawa Dia suka orang yang pembersih. Maka janganlah kita ataupun minta orang lain menge’cop’ diri kita sebagai pengotor. Nauzubillah min zaalik. Iman juga mendorong kita untuk jihad. Ya, memboikot barangan Israel dan Amerika Syarikat itu antara jihad kecil kita. Sokongan dan bantuan yang kita hulurkan juga dikira jihad di sisi Islam. Namun, molek lagi jika kita berusaha memboikot budaya kurang sihat ini. Kita bantu negara orang di samping ‘membantu’ negara sendiri.’Selak’ dahulu masalah kita di samping ‘menyelak’ masalah orang lain. ‘Jahit’(baiki) dahulu masalah kita di samping ‘menjahit’ masalah orang lain. Barulah nampak seimbang.

TANGGUNGJAWAB SEMUA

“Tong sampah dah penuh” 

“Tong sampah tak disediakan..kalau adapun sedikit sahaja”

Mungkin sesetengah orang menjadikan alasan ini sebagai ulasan. Mungkin ada pelbagai lagi jenis alasan lain. Wajib untuk ingat…! Kebersihan itu terletak di tapak ‘kakitangan’ kita semua. Banyak solusi untuk atasi masalah ini. Pihak penganjur, peniaga dan pembeli perlu mainkan peranan masing-masing dalam hal ini.

Apabila tahu ada jual dan beli ketika itu, penganjur perlu fikir dan buat sesuatu. Maksudnya plastik-plastik yang bakal menjadi sampah-sarap mungkin akan menjadi banyak dan tong sampah juga perlu disediakan dengan banyak. Ini salah satu cara. Sementara peniaga apa salahnya ingatkan para pembeli supaya buang sampah di tempatnya ketika sedang berjual-beli. Bukankah ingat-mengingati itu memberi manfaat sesama manusia? Bahkan  Al-Quran juga sudah menyebut perkara ini. Mungkin kita akan nampak janggal buat begini(mengingati) tapi bertambah janggal jika kita terus menjanggalkannya secara langsung.Image

Pembeli pula jangan pentingkan diri. Jangan bersikap “Ah..takpa ada orang lain yang kutip sampah ni nanti” Ya, memang ada pekerja-pekerja yang akan membersihkan sampah-sarap di jalanan. Apa kata kita bantu memudahkan urusan mereka…kan Islam pandang tinggi akhlak itu. Bukankah Islam menyuruh umatnya saling membantu dalam perkara kebajikan(kebaikan)?

Menjadi tanggungjawab kita juga membantu mereka(rakyat Palestin) yang susah di sana. Kita banyak memberi bantuan kewangan, sokongan suara(doa). Itu adalah antara usaha sama yang kita mampu lakukan bagi meringankan bebanan yang dialami. Insyaallah,, Allah akan pandang apa yang kita lakukan. Namun nun dekat di sini juga jangan kita lupa untuk perlu lebih membantu saudara kita. Bantulah untuk tidak menyusahkan jika tidak mahu atau tidak mampu memudahkan urusan orang lain. Itu dah memadai. Rajin-rajinkan diri membantu orang lain. Bukan saya, dia,mereka tapi kita semua ! Muslim itu ibarat sebuah binaan yang sifatnya saling menguatkan sesama mereka.

Demi Palestin jadikan ia yang pertama, Demi Kebersihan jadikan ia yang jauh lebih utama ! 

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

Posted: December 22, 2012 in KHALIFAH
Tags:
Muhammad Al-Fateh

Muhammad Al-Fateh

Muhammad II (Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih iaitu daripada kata terbitan “al-fath” (الفاتح) seperti Surah al Fatihah beerti surah pembukaan atau “Pembuka yang besar” yang dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

 

Biografi

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd’Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraansainsmatematik dan menguasai enam bahasa (bahasa TurkiGreekHebrewArabParsi danLatin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi(pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.

Kelebihan Muhammad al-Fatih mengikut sejarah

Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: “Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda.”

 

Jasa dan sumbangan

Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturkkepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.

SULTAN SALAHUDDIN AL-AYUBI

Posted: December 22, 2012 in KHALIFAH
Tags:

Salahuddin al-Ayyubi

Salahuddin Al-Ayubi

 

alāḥ al-Dīn Yūsuf ibn Ayyūb

Sultan Mesir dan Syria

Patung Salahuddin al-Ayyubi di Damsyik.

Pemerintahan 1174–1193
Pertabalan 1174, Kaherah
Nama penuh Ṣalāḥ ad-Dīn Yūsuf ibn Ayyūb
Lahir sekitar 1137–1138
TikritIraq[1]
Mangkat 4 Mac, 1193 AD (umur 55–56)
DamsyikSyria
Dikebumikan Masjid UmayyadDamsyikSyria
Pendahulu Nur ad-Din Zangi
Pengganti Al-Afdal (Syria)
Al-Aziz Uthman (Mesir)
Dinasti Ayubiyyah
Ayahanda Najm ad-Dīn Ayyūb

 

Salahuddin al-Ayyubi (Arab: صلاح الدين الأيوبي / alāḥ al-Dīn al-Ayyubīy‎, bahasa Kurdi: سه‌لاحه ‌دينێ ئه ‌يووبى / Silhedînê EyûbîParsi:صلاح الدین ایوبی, TurkiSelahaddin Eyyubi) atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub (1137 -1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurdis di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.

Kebangkitan

Tugu peringatan Salahuddin di Damsyik.

Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kurdish di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya, Najm ad-Din Ayyub, ialah gabenor wilayah Baalbek. Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di Damsyik di kawasan istana milik Nur ad-Din.

Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur al-Din dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada tahun 1169. Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah Kerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I. Kemampuan Salahuddin diragui pada peringkat awal perlantikkannya sebagai panglima. Tiada sesiapa yang menyangka beliau dapat bertahan lama ekoran terdapat banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun sebelumnya seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam mendapat perhatian khalifah. Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin tiada kuasa ke atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golonganSyiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Al-Adid.

Apabila khalifah itu meninggal dunia pada bulan September 1171, Salahuddin mengarahkan para imam mengumumkan nama Khalifah Al-Mustadi (Khalifah Abbasiyyah di Baghdad) semasa solat Jumaat. Sekarang, walaupun Salahuddin yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil Nur ad-Din. Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin melakukan perubahan terhadap ekonomi Mesir, menyusun semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya supaya mengelak daripada sebarang konflik dengan Nur ad-Din. Beliau menunggu sehingga Nur ad-Din meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan. Pada awalnya terhadap beberapa kerajaan-kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke atas tentera Salib. Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.

 

Menentang tentera Salib

“Raja Mesir, Salahuddin Al-Ayubbi” daripada sebuah manuskrip kurun ke-15; simbol “globus” di tangan kirinya ialah simbol Eropah tentang kekuasaan.

Dalam dua peristiwa berbeza iaitu pada tahun 1171 dan 1173, Salahuddin berundur setelah satu siri serangan oleh tentera Salib. Salahuddin berharap bahawa kerajaan Salib ini tidak diganggu selagi beliau tidak menguasai Syria. Nur ad-Din dan Salahuddin hampir-hampir berperang akibat daripada peristiwa tetapi dengan wafatnya Nur ad-Din pada 1174, perang ini dapat dielakkan. Waris Nur ad-Din iaitu as-Salih Ismail al-Malik hanya seorang kanak-kanak ketika dilantik bagi menggantikan ayahnya. Walau bagaimanapun dia meninggal dunia pada tahun 1181.

Sejurus selepas Nur ad-Din meninggal dunia, Salahuddin berarak ke Damsyik, dan setibanya beliau di sana, dia diberi sambutan sambutan yang meriah. Dia mengukuhkan kedudukannya dengan mengahwini balu Nur ad-Din. Walaupun Salahuddin tidak memerintah Aleppo dan Mosul (dua bandar yang pernah dikuasai Nur ad-Din), beliau dapat menggunakan pengaruhnya dan menguasai kedua bandar itu pada tahun 1176 (Aleppo) dan 1186 (Mosul).

Sementara Salahuddin Al-Ayubbi menumpukan perhatiannya ke atas wilayah-wilayah di Syria, negeri-negeri Salib dibiarkan bebas, walaupun begitu beliau sering mencatatkan kemenangan ke atas tentera Salib di mana saja kedua-dua belah pihak bertempur. Beliau bagaimanapun tumpas dalam Perang Montgisard yang berlaku pada 25 November1177. Dia ditewaskan oleh gabungan tentera Baldwin IV dari Baitulmuqaddis,Raynald dari Chatillon dan Kesatria Templar.

Keamanan di antara Salahuddin dan negeri-negeri Salib tercapai pada 1178. Salahuddin meneruskan serangannya pada 1179 selepas daripada kekalahannya dalam Perang Montsigard, dan dalam serangannya ke atas sebuah kubu kuat tentera Salib beliau berjaya menumpaskan tentera Salib. Walau bagaimanapun, tentera Salib terus menyerang orang-orang Muslim. Raynald dari Chatillon mengganggu laluan perdagangan dan haji orang Islam dengan kapal-kapal laut di Laut Merah. Raynald juga mengancam menyerang kota suci Islam yakni Kota Mekah dan Madinahmenjadikannya orang paling dibenci dalam dunia Islam. Sebagai tindak balas, Salahuddin Al-Ayubbi menyerang Kerak, sebuah kubu Raynald pada tahun 1183 dan 1184. Raynald kemudian menyerang dan membunuh kabilah yang dalam perjalanan untuk menunaikan haji pada tahun1185.

Dalam bulan Julai tahun 1187, Salahuddin menyerang negeri-negeri Salib. Pada 4 Julai 1187, beliau bertempur dalam Pertempuran Hattinmenentang gabungan kuasa Guy dari Lusignan (sebutan gi bukan guy), raja negeri-negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli. Tentera Salib yang letih dan dahagakan air mudah ditumpaskan oleh tentera Salahuddin. Kekalahan tentera Salib ini membei tamparan yang besar buat mereka dan menjadi satu titik perubahan dalam sejarah Perang Salib. Salahuddin berjaya menangkap Raynald dan beliau sendiri memancung kepala Raynald akibat kesalahannya. Raja Guy juga berjaya ditangkap tetapi beliau tidak dipancung.

Timur Tengah, c. 1190. Empayar Salahuddin Al-Ayubbi dan wilayah kuasaannya ditunjukkan dalam waarna merah; wilayah yang berjaya ditawan daripada tentera Salib dalam warna merah jambu. Warna hijau muda menandakan wilayah yang masih dikuasai tentera Salib.

Selepas tamatnya Perang Hattin, Salahuddin berjaya merampas kembali hampir keseluruhan kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 2 Oktober tahun 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib (lihat Kepungan Baitulmuqaddis). Kecuali bandar Tyre tidak ditawan Salahuddin. Salahuddin membenarkan tentera dan masyarakat Kristian pergi ke sana. Kota itu sekarang diperintah oleh Conrad dari Montferrat. Dia mengukuhkan pertahanan Tyre dan berjaya menahan dua kepungan yang dilakukan oleh Salahuddin. Pada tahun 1188, Salahuddin membebaskan Guy dari Lusignan dan menghantar beliau kembali kepada isterinya iaitu Sibylla dari Baitulmuqaddis.

Perang Hattin dan kejayaan tentera Islam menawan semula Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai “Cukai Salahuddin“. Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera Salahuddin bertempur dengan tentera Raja Richard I dari England (Richard Si Hati Singa) dalam Perang Arsufpada 7 September 1191. Kedua-dua belah pemimpin baik Salahuddin mahupun Richard amat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan Richard, Joan dari England kepada adik lelaki Salahuddin, Al-Adil, dengan kota Baitulmuqaddis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal ekoran kebimbangan berhubung hal-hal agama di kedua-dua belah pihak.

Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan dalam Perjanjian Ramla pada tahun 1192 yang mana kota Baitulmuqaddis akan terus berada dalam tangan orang Islam tetapi dibuka kepada penganut-penganut Kristian. Perjanjian itu menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke Jaffa.

Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya. Ada juga riwayat yang menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar) . Salahuddin telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. Makamnya yang terletak di Masjid Ummaiyyah merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal. Makamnya adalah antara makam yang sering dikunjungi umat Islam di seluruh dunia.

Pengiktrafan

Saladin, daripada codex Arab abad ke-12.

Sungguhpun menerima tentangan hebat dari masyarakat Kristian Eropah, Salahuddin mendapat reputasi besar di Eropah sebagai seorangkesatria yang berjaya, sehinggakan wujudnya pada abad ke-14 sastera epik mengenai kejayaannya, dan Dante meletakkannya di kalangan roh baik dalam Limbo. Salahuddin muncul sebagai sebuah watak dalam karya tulisan Sir Walter Scott iaitu The Talisman (1825). Walaupun disebalik peristiwa penyembelihan orang-orang Islam termasuklah wanita dan kanak-kanak semasa tentera Salib menawan Baitulmuqaddis pada tahun 1099, Salahuddin memberi jaminan keselamatan perjalanan dan nyawa kepada semua masyarakat Kristian Katolik dan juga kepada tentera salib Kristian yang kalah (masyarakat Greek Ortodoks dilayan dengan lebih baik kerana mereka menentang tentera Salib). Satu pandangan menarik tentang Salah al-Din dan dunia yang didiaminya dapat dibaca dalam novel Buku Salahuddin Al-Ayubbi (London: Verso, 1998) karya Tariq Ali.

Walaupun berbeza kepercayaan, Salahuddin Al-Ayubbi amat dihormati di kalangan para bangsawan Kristian terutamanya Raja Richard. Raja Richard pernah memuji Salahuddin sebagai seorang putera agung dan merupakan pemimpin paling hebat dalam dunia Islam. Salahuddin juga memuji Richard dengan berkata bahawa beliau lebih rela Baitulmuqaddis jatuh ke tangan Richard daripada jatuh ke tangan orang lain. Selepas perjanjian damai ditandatangani, Richard dan Salahuddin bertukar-tukar hadiah di antara satu sama lain sebagai lambang kehormatan. Walau bagaimanapun kedua-dua pemimpin ini tidak pernah bersua muka.

Makam

Makam Salahuddin Al-Ayubbi berdekatan dengan Masjid Ummaiyyah, DamsyikSyria.

Watak Salahuddin dimainkan oleh Ghassan Massoud dalam filem Kingdom of Heaven (2005)

Salahuddin Al-Ayubbi dikebumikan di sebuah makam yang terletak di taman sebelah luar Masjid Ummaiyyah di DamsyikSyria. Maharaja Wilhelm II dari Jerman mendermakan batu marmar baru kepada makam tersebut. Jenazah Salahuddin bagaimanapun tidak ditempatkan di situ. Sebaliknya makam itu mempunyai dua kubur iaitu satu kubur kosong diperbuat daripada marmar dan satu kubur mengandungi jenazah Salahuddin yang diperbuat daripada kayu.

JANGAN DITANGISI APA YANG BUKAN MILIKMU

Posted: December 22, 2012 in KISAH

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

 Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

 Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

 Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

 Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

 “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri..” (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

BAIKNYA SEORANG USTAZAH

Posted: December 21, 2012 in KISAH

Semalam…hari khamis,, plan yang dirancang bersama seorang rakan(tinggal di serdang) untuk ziarah guru yang sedang kurang sihat. Begitulah khabar yang didengari dari seorang guru lain ketika singgah sebentar di sekolah lama. Lokasinya di Cheras. Jadi, apabila ‘pakatan’ dibuat, Kami pun datang ziarah guru tersebut. Rumahnya di Bangi. Niat ziarah hanya sebentar. Jangkaan setengah jam sahaja.

Sesampai di rumahnya, kami pun dijemput masuk. Senyuman diberikan kepada kami. Kasihan melihat keadaannya ketika itu. Walau sedang sakit, dikuatkan juga kudratnya melayan kami berdua. Melihat anak-anaknya pula, terbit simpati bagaimana dia nak menjaga mereka dan suaminya yang telah hilang penglihatan selamanya. Ya Allah,, berat ujiannya tapi apakan daya,, hidup mesti diteruskan juga. 

Sedang berborak..

“Bolehla jadi driver saya sekejap pergi beli barang dapur kat kedai Speedmart” katanya bergurau.

Sejak sakit dia tak larat memandu sendiri.

“Ohh.. boleh je ustazah. Kami pun tak ada buat apa-apa hari ni..” kata saya.

Walaupun bergurau tapi terdetik di hati nak bantu dia. Kebetulan pula kami berdua free pada hari itu. 

Sebelum itu, ustazah ajak singgah sebentar untuk makan di Restoran Puri.. Begitulah namanya seingat saya. Mulanya agak segan, tapi mengalah juga bila dipujuk. Sepatutnya orang sihat yang beri makan orang sakit tapi sebaliknya yang berlaku. Rasa serba salah juga kami dibuatnya. Tak apalah kalau tolak risau dia kecil hati pula.

Kurang selera nampaknya ustzah makan. Saya perhatikan sejak tadi sambil makan. Kasihan.~ Itulah nikmat. Nampak ‘sedap’ dan ‘lazat’ bila hanya sihat. Bila sakit ubat pun tak lalu nak makan. Manalah tahu dengan sakit itu ‘selera’ kita hanya pada Allah bukan pada makanan.

Hampir tiga jam kami di luar untuk selesaikan urusan. Jam enam petang kami pulang ke rumah. Barang-barang dapur yang dibeli kami angkat masuk ke dapur terus. Rasa segalanya dah selesai.

“Ustazah,, rasanya tak ada apa-apa kot. Kami ingat nak beransur dulu..”kata kawan saya.

Tiba-tiba hujan turun dengan renyainya. Saya mula kira-kira nak balik ke tak nak.

“Kalau tak balik susahkan ustazah pula nak tunggu..” fikir aku

“Hujan ni, tunggu la dulu sampai berhenti..” kata ustazah tiba-tiba.

Kalau balik pun kuyup juga baju seluar ni naik motor. Nampaknya terpaksa juga tunggu. Nak buat macam mana…

Lepas solat Maghrib ingat nak terus balik tapi ustazah ajak baca Yassin pula. Tak sampai hati pula nak tolak. Kami ikut sahaja.

“Lepas baca Yassin nanti makan dulu ye.. Baru balik rumah..” kata ustazah

“Eh tak apalah, susahkan ustazah je nak masak-masak untuk kami..” balas aku

“Tak apa, beli lauk kat luar je lepas tu kita makan kat rumah..” pujuk ustazah.

Serba salah untuk kali kedua kali ini kami. Seperti dilayan 1st class. Sepatutnya kami yang layan dia 1st class. Ya Allah, sampai begini sekali ustazah melayan kami. Teringat saya mungkin ustazah berpegang pada hadis nabi tentang memuliakan tetamu(walaupun anak murid). Sebab itulah dilayannya kami seperti ini.Hmmm..

Usai makan, kami berdua minta izin pulang ke rumah masing-masing. Hari sudah lewat malam. Dalam perjalanan pulang kami bersembang.

“Aduh, rasa  bersalah pula aku kat ustazah tadi..” kata kawanku.

“Aku pun sama juga. Hmmm tak apalah.. Mungkin ustazah memang tunggu peluang begini kot nak layan kita..” aku cuba tenangkan keadaan.

“Moga ustazah cepat sembuh..” doa aku di hati.

Jadi, itulah serba sedikit pengalaman yang aku alami dalam hidup ini. Alangkah baiknya seorang guru apatah lagi baiknya ramai guru… Moga guru-guruku sentiasa mendapat rahmat Allah s.w.t. Amin…